SUNGAI BULOH

Thursday, August 31, 2006

SYABAS MB SELANGOR

"Kita tidak boleh hentikan proses pembangunan tapi pada masa sama, kita mahu alam sekitar terus terpelihara." Dr Mohamad Khir Toyo, MB Selangor.

Kami berasa amat besar hati kerana MB kita sudah insaf akan kepentingan alam sekitar dan perlu diperlihara. Syabas MB!

Mengikut liputan Berita Harian, Sebuah Pusat Perlindungan dan Maklumat Alam Sekitar (CEPi) telah ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai isu alam sekitar. Inisiatif kerajaan ini memang disokong dan disambut baik oleh penghuni di Sungai Buloh, tetapi pada pandangan kami, pegawai-pegawai yang libat diri dalam menyemak dan meluluskan Laporan EIA patut diberi khusus dulu! Jangan meluluskan Laporan EIA tanpa menyedari kemajuan sekarang di kawasan Sungai Buloh! Populasi penduduk di sini sudah menambah dengan pesat, banyak taman-taman perumahan sudah dibangunkan! Kelulusan untuk pengusahaan industri kuali sudah TIDAK SESUAI sama sekali, ia terlalu dekat dengan kawasan perumahan!!!( kurang dari jarak 3km, seperti mana yang dicatat dalam EIA yang dihantar oleh Perunding-perunding EIA)
Tahukah MB atau pegawai-pengawai yang dihormati, bahawa sesetengah penduduk taman yang berdekatan dengan kawasan kuali terpaksa menutup tingkap dan pintu setiap hari (24 hours!!!), kalau tidak, mereka terpaksa makan nasi campur habuk!!!
Di sini, kami ingin menjemput MB atau pengawai-pengawai Jabatan Alam Sekitar supaya datang ke tempat kami dan melihat sendiri akan keadaan yang benar dan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh kami. Janganlah buka satu mata/ tutup satu mata!
Kalau masalah di sini tidak dapat diambil tindakan yang cepat dan pegawai-pegawai yang ada sekarang dengan perangai tidak mengambil tahu akan aduan daripada penghuni tempatan, pada pendapat kami, walaupun MOU sudah ditandatangan dengan Institut Penyelidikan dan Sains Alam Sekitar (ESR) dari New Zealand tidak bermakna langsung kepada anak Selangor!!!

Wednesday, August 30, 2006

SELAMAT HARI MEDERKA KE 49 - KERANAMU MALAYSIA!!!






RUKUN NEGARA

PERISYTIHARAN

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita- hendak :

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi modern.

MAKA KAMI, rakyat MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBANGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

KEADAAN SEKITAR YANG MENYAKIT HATI DI SUNGAI BULOH










Keadaan di sekitar kawasan Sungai Buloh sudah semakin membimbangkan. Keadaannya sedikit sebanyak dapat ditunjukkan pada foto-foto yang dilampirkan.
Penghuni-penghuni sudah banyak kali menyuarakan ketidak puas hati kami, sama ada melalui surat khabar tempatan baikpun mengadu kepada pihak berkuasa seperti MPS, Jabatan Alam Sekitar. Tetapi semuanya tidak berkesan, tindakan yang sewajarnya tidak diambil.
Jangan pihak kerajaan tidak mengambil tahu pun perasaan rakyat tempatan. Kami, penduduk-penduduk kawasan Sungai Buloh sehingga hari ini masih percaya bahawa masalah ini dapat diselesaikan oleh Barisan National yang kami sayangi dan telah pun kami memberi mandat sekian lama.
Sayangi Penghuni-Penghuni Sungai Buloh! Sayangi Barisan National!!!

Tuesday, August 29, 2006

KEMAJUAN DI KAWASAN SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Kemajuan di kawasan Sg Buloh memang dialu-alukan oleh penghuni-penghuni sini. Tetapi, disamping memajukan kawasan kami, kehidupan harian, keadaan alam sekitar jangan pula diketepikan. Kerajaan patut mengambil langkah yang wajar dan tegas, jangan menjadikan perkataan ' Kemajuan' itu hanya bertujuan mengayakan segelintir ' Biz Man' saja.
Pihak berkuasa seperti, MPS dan MBSA sepatutnya mengambil berat dan memastikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni sini diselesaikan dalam masa yang berpatutan, jangan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan masalah kecil seperti lampu jalan. Ini amat memalukan dan penghuni-penghuni akan mula menimbulkan rasa curiga akan kebolehan ahli-ahli MPS dan MBSA.
Cadangan baru yang kami nak sampaikan kepada Kerajaan Pusat, sudah tiba masanya untuk memandang balik akan sistem memilih ahli-ahli Majlis. Mengapakah kerajaan pusat masih mengamalkan sistem pilihan ini, walhal keramaian ahli Majlis tidak boleh memberi sumbangan yang sewajarnya kepada rakyat tempatan? Atau ahli-ahli yang dipilih itu telalu sibuk dengan biz nya sendiri, mereka hanya mengambil 'gaji buta'? Slogan-slogan seperti "Sayangi MPS", "Sayangi Selangor" tiada maknanya jika kehidupan dan hasrat rakyat tempatan tidak dihiraukan.

Mulai hari ini, saya mengambil kesempatan 'Kemajuan' IT ini untuk menyuarakan keadaan atau perkara-perkara yang sedang dan telah berlaku di kawasan yang kami sayangi ini.